Ahad, 29 Jun 2014

AH LAN WASAHLAN YA RAMADHAN . . .



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji itu tertentu bagi Allah tuhan semesta alam.
Selawat dan salam buat Rasulullah yang membawa cahaya bagi menerangi kelam, 
juga buat keluarga dan para sahabat Baginda yang ibarat bintang di langit malam.

" Bagi mereka yang utuh aqidah,
Ramadan disambut tanpa bergundah,
Bahkan gembira dengan ibadah,
Bukannya ghairah dengan juadah..."

Panduan Ringkas Ibadah Puasa

Definisi Puasa;
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar sadiq hingga terbenamnya matahari dengan niat.
  • Fajar Sadiq - cahaya matahari yang muncul secara melintang disebelah ufuk timur selepas kemunculan fajar kadhib iaitu cahaya matahari secara menegak atau mencapah di sebelah ufuk timur.
Cara Menentukan Awal Ramadhan;
  • Dengan melihat hilal (anak bulan) di ufuk barat selepas terbenamnya matahari 29 Syaaban iaitu pada waktu Maghrib, Jika hilal kelihatan maka bermulalah 1 Ramadhan dan Syaaban hanya 29 hari. Jika hilal tidak kelihatan maka wajib mengenapkan bulan Syaaban dengan 30 hari.
Syarat-syarat Wajib Puasa;

Puasa diwajibkan ke atas setiap ::
  1. Muslim yang 
  2. Baligh,
  3. Berakal dan
  4. Mampu berpuasa

Kelebihan Bulan Ramadhan

  1. Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan yang ibadah puasa difardukan padanya.
  2. Bulan yang Al-Quran diturunkan padanya sekaligus di Baytul - Izzah di langit dunia.
  3. Segala pintu syurga dibuka dan segala pintu neraka ditutup.
  4. Syaitan dibelenggu.
  5. Awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka.
  6. Sebarang amalan sunat diganjarkan dengan70 amalan fardu di bulan yang lain.
  7. Pada Ramadhan ada Malam al-Qadar (Laylatul 'l-Qadr) yang lebih daripada 1000 bulan.

Suatu Nasihat

Sambutlah Ramadhan kerana iman dan dengan ilmu, bukan sekadar adat kebiasaan. Jadikanlah Ramadhan sebagai tetamu teristimewa yang menjengah kita setahun sekali. Oleh itu, hormatilah "tetamu teristimewa ini" dengan bertaqwa kepada Allah iaitu dengan melakukan suruhan Allah (terutamanya yang Wajib) dan meninggalkan larangan-Nya (terutamanya yang haram).



Wallahua^alam. . .


Jumaat, 27 Jun 2014

YA ALLAH.... BERSYUKUR PADA-MU . . .

Alhamdullilah... Sesungguhnya Kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau berikan..





Anugerah Kecemerlangan KRT Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur



Sesungguhnya manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-segalanya


Wallahua^alam. . .

Sabtu, 7 Jun 2014

LANGKAH PERMULAAN . . .

"Macam mana kita bertindak itulah diri kita.
 Jika kita nak jadi ORANG YANG BAIK, BERTINDAKLAH SEPERTI ORANG BAIK".



Logo KRT Rukun Tetangga


Sebelum mengorak langkah permulaan iaitu perkongsian mengenai Fakta Rukun Tetangga di tubuhkan . Untuk makluman kalian, Rukun  Tetangga merupakan 1 program Sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di MALAYSIA(Konsep ini hampir sama seperti NEIGHBOURHOOD WATCH seperti yang diamalkan di United Kingdom).

Wallahua^alam. . .