Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji itu tertentu bagi Allah tuhan semesta alam.
Selawat dan salam buat Rasulullah yang membawa cahaya bagi menerangi kelam,
juga buat keluarga dan para sahabat Baginda yang ibarat bintang di langit malam.
" Bagi mereka yang utuh aqidah, Ramadan disambut tanpa bergundah, Bahkan gembira dengan ibadah, Bukannya ghairah dengan juadah..." |
Panduan Ringkas Ibadah Puasa
Definisi Puasa;
- Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar sadiq hingga terbenamnya matahari dengan niat.
- Fajar Sadiq - cahaya matahari yang muncul secara melintang disebelah ufuk timur selepas kemunculan fajar kadhib iaitu cahaya matahari secara menegak atau mencapah di sebelah ufuk timur.
Cara Menentukan Awal Ramadhan;
- Dengan melihat hilal (anak bulan) di ufuk barat selepas terbenamnya matahari 29 Syaaban iaitu pada waktu Maghrib, Jika hilal kelihatan maka bermulalah 1 Ramadhan dan Syaaban hanya 29 hari. Jika hilal tidak kelihatan maka wajib mengenapkan bulan Syaaban dengan 30 hari.
Syarat-syarat Wajib Puasa;
Puasa diwajibkan ke atas setiap ::
- Muslim yang
- Baligh,
- Berakal dan
- Mampu berpuasa
Kelebihan Bulan Ramadhan
- Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan yang ibadah puasa difardukan padanya.
- Bulan yang Al-Quran diturunkan padanya sekaligus di Baytul - Izzah di langit dunia.
- Segala pintu syurga dibuka dan segala pintu neraka ditutup.
- Syaitan dibelenggu.
- Awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka.
- Sebarang amalan sunat diganjarkan dengan70 amalan fardu di bulan yang lain.
- Pada Ramadhan ada Malam al-Qadar (Laylatul 'l-Qadr) yang lebih daripada 1000 bulan.
Suatu Nasihat
Sambutlah Ramadhan kerana iman dan dengan ilmu, bukan sekadar adat kebiasaan. Jadikanlah Ramadhan sebagai tetamu teristimewa yang menjengah kita setahun sekali. Oleh itu, hormatilah "tetamu teristimewa ini" dengan bertaqwa kepada Allah iaitu dengan melakukan suruhan Allah (terutamanya yang Wajib) dan meninggalkan larangan-Nya (terutamanya yang haram).
Wallahua^alam. . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan