Jumaat, 11 Julai 2014

RUANG INTERAKSI SESAMA MASYARAKAT KRT SG ISAP PERDANA. . .

 Akaun Rasmi Muka Buku "Facebook"  KRT Sg Isap Perdana Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Ini adalah laman muka buku "Facebook" KRT Sg Isap Perdana Kuantan. Tujuan utama akaun rasmi ini dibuka adalah untuk menjadikan ruang interaksi antara warga penduduk Sungai Isap Perdana Kuantan jika ada program atau aktiviti kemasyarakatan yang bakal atau telah dijalankan oleh Barisan Kepimpinan  KRT Sg Isap Perdana Kuantan setiap sesi. Oleh itu, akaun rasmi ini dibuka semasa kepimpinan Pengerusi KRT Sg Isap Perdana Kuantan bagi sesi 2014/2015, Encik Mohamad Khairuddin Bin Hj. Ismail. 

Justeru, tujuan untuk menjadikan medan interaksi utama antara Barisan Kepimpinan KRT Sg Isap Perdana Kuantan dengan warga penduduk KRT Sg Isap Perdana Kuantan. Hal ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan erat silaturrahim sesama penduduk, tak kira berlainan bangsa, agama dan negara. Selain itu, segala permasalahan atau perkongsian ilmu oleh warga penduduk KRT Sg Isap Perdana sangat dialu-alukan dan boleh lah dikemukakan di laman muka buku KRT Sg Isap Perdana dengan adab yang sopan dan penggunaan bahasa yang baik.  

InShaAllah, dengan Izin-Nya, kami, barisan kepimpinan KRT Sg Isap Perdana Kuantan, tak kira sesi keberapa akan sedaya upaya kami untuk melaksanakan dan menyelesaikan segala permasalahan warga penduduk KRT Sg Isap Perdana Kuantan.

Akaun Rasmi "Twitter" KRT Sg Isap Perdana Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Manakala, ini adalah akaun Rasmi "Twitter" KRT Sg Isap Perdana Kuantan. Tujuan utama akaun ini dibuka adalah untuk memudahkan Barisan Kepimpinan KRT Sg Isap Perdana Kuantan berinteraksi dengan warga penduduk KRT Sg Isap Perdana Kuantan dalam memudahkan ruang perkongsian permasalahan dan ilmu pengetahuan. Selain itu, warga penduduk KRT Sg Isap Perdana Kuantan dapat mengetahui hal semasa atau program yang dilakukan oleh Barisan Kepimpinan KRT Sg Isap Perdana Kuantan. 

Laman "Twitter" ini dapat memudahkan hal-hal semasa dapat diketahui dengan cepat seperti pertumbuhan  dunia teknologi yang semakin canggih. Oleh itu, Barisan Kepimpinan KRT Sg Isap Perdana Kuantan bagi sesi 2014/2015 ini dapat menguar-uarkan aktiviti atau program bakal dan telah dijalankan kepada semua orang terutamanya kepada Warga Penduduk KRT Sg Isap Perdana Kuantan.

"Allah selalu memberi yang terbaik tapi kita kadang - kadang berfikir ; Kenapa Dia membebani kita seperti ini. Ingatlah firman-Nya :: Kadang -  kadang apa yang tak kau sukai, Justeru baik bagimu."



Wallahua'alam. . .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan